Monday, February 18, 2008

FERUARI 2008

Sudah lama tak update kat dalam ni. Maklumla aku sendri yang tak mengizinkan masa di temui. :-).Plan to fail. So minggu ni ada beberapa projek nak kena buat.

1) Suzuki India BS Desk Special order for double wiring box. Delivery date on !st week of March 2008. Just around the corner ma..

2) Presence Shelf for Hilco Project. TAC already complete and can be proceed to new order. Just to follow up with production. I think Katashi are not to be done.

3) To complete accessories for Presence.

4) And still hot..to restructure the drawing numbering..masak la..hahha

Tuesday, December 11, 2007

MYMODE..PERNIAGAAN MUDAH DAN EFEKTIF..PROSPEK TERBESAR

APA MYMODE NI?
- Jadi Agent, boleh beli reload prepaid hp guna SMS, tak kira masa, tak kira tempat.
- Dapat rebate bonus dari pembelian tadi.
- Kongsikan peluang baik ini kepada rakan-rakan kita yang turut menggunakan prepaid untuk sama-sama menjana pendapatan seperti kita. Dapat pula bonus tajaan dari RM10 ke RM18 seorang.
- Orang bawah kita beli prepaid, dapat pulak bonus overriding mengikut peratusan tertentu!!
- SIMPLE!!

Untuk mengetahui bagaimana urus niaga dalam Mymode berjalan, sila lihat gambarajah ini:
http://prepaid4u.net/members/images/process2.gif


KENAPA ANDA PERLU YAKIN DENGAN MyMode?

1.) MyMode Jenama produk kepada Syarikat Asia Mobile Commerce Privilege (M) Sdn Bhd (618758-H) yang berdaftar secara sah dan halal di Malaysia. MyMode juga telah didaftarkan sebagai Pemegang Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi [ASP(C)]. Syarikat yang berdiri teguh ini diterajui oleh Datin Fara H. Dalela, sebagai pengerusinya.
(Rujuk: http://www.asiam.com.my/com_mcmc.htm).

2.) MyMode satu-satunya syarikat prepaid yang berjaya menjalinkan kerjasama erat dengan salah sebuah bank yang terbesar di Malaysia, iaitu MAYBANK BERHAD. Sekarang urusan memasukkan modal ke akaun MyMode anda menjadi lebih mudah. Lihatlah MyMode tertera di skrin ATM Maybank anda.
(Anda boleh rujuk sendiri di laman web rasmi maybank2u disini: http://www.maybank2u.com.my/maybank_group/products_services/e-channels/mymode.shtml)

3.) SATU-SATUNYA PROGRAM PREPAID MENYEDIAKAN PROGRAM KEBAJIKAN!
MyMode sentiasa menitik beratkan kebajikan ahlinya. Bukan itu sahaja, waris ahli juga dijaga. Dengan program MCCP (MyMode Community Care Programme), sekiranya ahli yang menyertai meninggal dunia, waris terdekat akan menerima sumbangan dari dana khas yang dikumpulkan. Semoga dapat meringankan beban tanggungan kita..

4.) MyMode BUKAN skim cepat kaya, piramid, money games, saham internet atau derma. MyMode merupakan program berkonsep MLM yang menjual produk-produk keperluan kepada 17 juta rakyat Malaysia masa kini, iaitu PREPAID HANDPHONE. Agen MyMode menyediakan dan menjual produk-produk hebat CELCOM, MAXIS, serta iTALK, Ring-Ring Card, TM Net dan Jaring 24 jam sehari dimana-mana sahaja mereka berada melalui kecanggihan teknologi SMS.



BAGAIMANA ANDA JANA KEWANGAN?

1.) PALING JIMAT: Beli prepaid Untuk Diri Sendiri. Tidak perlu menguntungkan kedai jika anda dapat menjual dan membelinya sendiri. Bayangkan kos top up anda setiap bulan RM30 seminggu. Anda boleh menjimatkan duit anda RM6 sebulan dengan komisen yang anda terima. Bukan hanya anda, tetapi perbelanjaan prepaid isteri dan anak-anak tanggungan anda juga mampu dikurangkan.

2.)
PALING SENANG: Jual prepaid. Tak pernah dengar penjual prepaid, tiada customer. Tak ada modal ada laa, sebab ramai sangat nak beli. Customer pulak yang mencari anda , kalau sekali dia dah tau anda ada jual prepaid. Bukan dia sahaja, habis kengkawan, jiran, bos pejabat semuanya dihebah-hebahkan. Tidak payah menjaja langsung. Lagi satu, tak payah bawa apa-apa stok. Semua produk dalam HP kita. Nak produk, baru order pakai SMS. 10 saat dah sampai.. mudah.

3.)
PALING UNTUNG: Kembang Networking atau dapatkan dowline baru. Susah? Tidak lagi sekarang! Dengan bantuan web replika percuma http://prepaid4u.net/?id=khairu dan konsep online marketing kami yang sangat efektif, kerja anda mempromosi menjadi sangat mudah. Tidak payah jumpa orang, tiada keluar duit minyak, tidak payah berkereta besar, tak payah pakai smart dan tak payah petah bercakap. Sesuai sungguh kepada mereka yang baru nak belajar meniaga dan bagus untuk orang yang pemalu. Satu Tutorial Mengiklan semudah A.B.C disediakan di dalam. Tidak payah mengarang dan tidak payah berfikir. Semua skrip ready to use. Sangat mudah!!

Kesemua urusniaga mymode samada urusan jual-beli atau merecruit agent baru hanya menggunakan SMS sahaja!! Mudah dan efektif!!!

apalagi..copy link kat bawah dan masuk..register dahulu secara percuma dan follow up akan di berikan olah saya..kita gerak sama- sama..


Nampak gayanya blog ni dah tak relevan dengan tajuknya. Namun tak salah kalau kita memperkatakan tentang kabaikan dari keburukan. Nak2 lagi pasal agama. Kawe bukanlah baik sangat tapi lebih baik kita menyampaikan kebaikan dari menyatakan keburukan. Sampaikanlah walau satu ayat.


HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:
Semalam Sudah menjadi sejarah
Hari Ini ~Apa yang sedang kita lakukan.
Esok Hari yang belum pasti.
Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua
kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
Nafas Naik.
Nafas Turun.
Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut
adalah pemberian Allah secara percuma dan
carilah keredhaanNya dalam menggunakannya.
Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu
nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama
nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :
Hidup dalam keredhaan Allah.
Hidup dalam kemurkaan Allah.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :
Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.
Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan
dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN.
Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila
hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia.
kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.
Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya
terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu
dan puncaknya adalah SOLAT ... Amat sukar untuk dipercayai
bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat,
umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang,
tetapi tidak mempunyai boarding pass.
Dan mereka yang sengaja melalaikan solat,
umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem ...
apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai
pada penerimanya ... lalu dia pun berkata
setemnya akan dihantar kemudian.
Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :
Dia mungkin didenda ... atau, suratnya masuk tong sampah.
Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur
atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita ...
Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara
secara percuma untuk kita berzikir mengingati~Nya
setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali
kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang ...
lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan
kita redha dan Allah meredhai.
Semoga kita semua berbahagia + sejahtera senantiasa
di dunia jua di akhirat kelak serta
di dalam rahmat Allah s.w.t.

Sunday, December 9, 2007

Hukuman Potong Tangan Lebih Adil Dan Berkesan

"Apakah mereka memilih hukuman jahiliyah sebagai perundangan, dan manakah hukuman yang lebih baik dari hukuman Allah, kepada kaum yang beriman"
(Al-Maidah : 50)



Di dalam Islam hukuman bagi kesalahan mencuri adalah potong tangan. Hukuman ini diperuntukkan di dalam al-Quran dan ianya dimasukkan di dalam kesalahan Had. Oleh kerana hukuman ini termasuk di dalam kesalahan hudud maka hukuman tersebut tidak boleh dipinda oleh hakim dengan apa sebab sekalipun jika terbukti tanpa sebarang keraguan seseorang itu telah melakukan kesalahan harta benda orang lain.

Kesalahan potong tangan ini sering dianggap sebagai hukuman yang tidak berperikemanusiaan dan ada juga yang mengatakan ianya suatu hukuman kuno dan barbaric. Kita tidak menafikan bahawa hukuman potong tangan adalah hukuman yang keras. Bagaimanapun, jika kita mengkaji secara mendalam kita pasti bersetuju bahawa hukuman tersebut adalah suatu hukuman yang sangat adil.

Untuk memahami keadilan hukuman tersebut, marilah cuba memerhatikan keadaan ini. Setiap manusia di muka bumi perlu bekerja dan kita melihat 1001 jenis pekerjaan dilakukan oleh manusia sama ada manusia yang miskin atau kaya. Ada manusia yang terpaksa bangun pada pagi yang sejuk dan dingin bagi menoreh getah. Ada yang terpaksa berada di bawah panas mentari seperti mereka yang terlibat di dalam sektor pembinaan. Ada yang terpaksa bekerja berhadapan risiko tinggi sehingga boleh mengorbankan diri dan nyawa. Ada yang terpaksa memerah otak. Kesimpulannya, manusia melakukan pelbagai pekerjaan di muka bumi.

Kenapa manusia bekerja? Jawapan yang mudah ialah bagi mendapatkan wang. Wang yang didapati sangat penting bagi manusia. Ada yang menggunakan wang tersebut untuk membeli makanan dan kelengkapan diri yang lain. wang itu juga digunakan uantuk menyara sanak keluarga serta menabung dan membuat pelaburan. Tidak ketinggalan. wang juga digunakan untuk membayar zakat, menderma dan bersedekah.

Pendek kata, setelah bertumgkus lumus mencari wang dan harta. maka manusia begitu mengharapkan agar harta yang mereka dapat daripada hasil jerih payah mereka tersebut dapat digunakan sebaik mungkin tanpa diganggu-gugat.

Adakah kita boleh berfikir bahawa manusia yang berakal tidak akan merasa apa-apa jika harta yang mereka dapat daripada susah payah mereka itu dengan secara mudah diambil atau dirampas daripada mereka tanpa keizinan mereka. Jawapan yang pasti ialah mereka yang kehilangan harta benda mereka kerana dicuri oleh manusia yang lain akan bersetuju jika hukuman keras dikenakan ke atas pencuri tersebut.

Mereka mungkin bukan sahaja inginkan tangan pencuri tersebut dipotong, malahan kalau boleh pencuri tersebut dibunuh kerana oarang mencuri tanpa sebab yang boleh diterima adalah mereka yang malas bekerja dan mahu menagguk kesenangan daripada hasil titik peluh orang lain.

Manusia mencuri menggunakan tangan. Tangan tersebut menjadi alat kepada perbuatan mencuri. Memotong tangan yang menjadi alat kepada perbuatan mencuri adalah suatu bentuk pencegahan yang paling berkesan. Mengenakan hukuman penjara dan denda tidak akan memberi kesan disebabkan alat kepada perbuatan mencuri masih boleh digunakan selepas seseorang itu membayar denda atau keluar dari penjara.

Selain itu memotong tangan seorang pencuri boleh mnyelamatkan harta benda jutaan manusia yang lain. Ibarat seorang doktor yang memotong anggota seseorang yang mengidap penyakit kencing manis adalah bagi menyelamatkan anggota yang lain kerana jika tidak dipotong anggota yang bermasalah tersebut, keselamatan anggota-anggota yang lain tidak akan dijamin.

Di dalam al-Quran, Allah telah menyatakan secara jelas bahawa hukuman potong tangan itu adalah satu pencegahan (nakalan min Allah) dari Allah. Ini bermakna terdapat campurtangan Allah dari segi pencegahan dan mengawal jenayah tersebut. Hukuman yang digubal manusia bagi dikenakan ke atas pencuri tidak mendapat jaminan pengawalan dan pencegahan daripada Allah. Malahan hukuman itu dimurkai oleh Allah. Maka tidak hairanlah kadar kecurian akan terus meningkat selagi kita masih sombong dan bongkak dengan hukuman yang kita gubal.

Semasa pemerintahan Uthmaniyyah di Semenanjung Tanah Arab, hukuman had tidak dijalankan. Dalam akhir 1920, apabila kerajaan Saudi mengambil alih, mereka telah memperkenalkan semula hukuman had tersebut dan mengarahkan para hakim untuk melaksanakan hukuman had berpandukan mazhab Hambali.

Selepas perintah tersebut dikeluarkan, kadar jenayah di Arab Saudi menurun secara mendadak. Angka rasmi menunjukkan hukuman potong tangn tidak pernah dijalankan di Arab Saudi kecuali dua kali setahun. Perkara ini diperkuatkan lagi dalam satu Persidangan Arab mengenai Jenayah dsan Pemulihan Penjenayah yang dilangsungkan di Kuwait pada tahun 1970.

Satu perkara yang menarik di satu derah di wilayah Ardoyne, Belfast iaitu salah satu wilayah di Ireland Utara, hukuman ke atas pencuri dijalankan oleh I.R.A dan ianya dilaporkan di dalam majalah TIME (8/4/1971) yang mengatakan bahawa kadar jenayah di wilayah tersebut telah menurun dengan perlaksanaan hukuman tersebut. Majalah TIME menyifatkan hukuman tersebut sebagai "Rough Justice".

Seorang professor di Amerika iaitu Prof. Ducasse C.J. di dalam bukunya Philosophy and Wisdom in Punishment berkata bahawa jika penyeluk saku dibakar tangannya atau dipotong tangannya, maka mereka akan berhenti daripada melakukan perbuatan menyeluk saku.

Islam adalah aqidah dan daulah (negara). Adalah menjadi tanggungjawab pemerintah Islam mengawal harta benda rakyat yang hidup di bawah pemerintahan Islam sama ada rakyat tersebut adalah Islam atau yang bukan Islam (ahli Zimmi). Di dalam negara Islam, ahli Zimmi dikehendaki untuk membayar cukai yang dikenali sebagai jizyah. Dengan bayaran jizyah ini maka menjadi tanggungjawab kerajaan Islam untuk mengawal darah, nyawa, harta dan maruah ahli Zimmi tersebut.

Oleh yang demikin, kebanyakan ulama berpendapat bahawa hukuman hudud termasuk antaranya potong tangan ke atas pencuri terpakai untuk seluiruh rakyat di dalam negara Islam termasuk orang bukan Islam kerana kesalahan yang dilakukan pada hakikatnya adalah kesalahan ke atas negara yang menjadi pengawal kepada kesejahteraan rakyat. Oleh itu, negaralah yang akan bertindak ke atas pesalah tersebut dengan mendakwa pesalah itu di mahkamah.

Sebaliknya orang bukan Islam diberi peluang menggunakan undang-undang merka sendiri dalam perkara yang menyentuh adat istiadat dan kebudayaan.

Dipeyik dari : http://members.tripod.com/~SinarOnline/Edisi7/Istimewa.htm

Sunday, December 2, 2007

Saturday, November 17, 2007

Bertudung..mengapa bertudung..

Artikel minggu ini kawe ingin menyetuh tentang wanita atau gadis bertudung..menurut pemerhatian kawe kepada masyarakat di sekeliling, orang yang bertudung dan yang tidak bertudung komposisinya hampir sama..tapi masih bleh di katakan masih ramai yang bertudung..

Umat Islam wanita di wajibkan menutup selueruh auratnya termasuklan rambut..namun ada yang lalai untuk melakukannya..mereka berpendapat ianya remeh..ada juga yang kadang2 switch on dan kadang2 switch off..ada yang berkata bertudung pun kalu jahat nk buat ape..baik x payah pakai tudung..ada yang berpendapat pakai tudung x rugged..x da stail..x ranggi..ketinggalan zaman..ada juga yang berkata bertudung tak semestinya orang tu x lakukan maksiat..apapun pandangan mereka hukum yang Allah tentukan adalah tetap hukum..manusia akan buat apa saja andaian untuk kepentingan mereka..sebab itulah kalau manusia buat hukum dia akan menjurus kepada akal dan kepentingan..apa2 pun matlamat tidak akan menghalalkan cara..memang benar ada orang yang bertudung tapi masih berperangai jahat..mungkin ramai yang pernah terlihat tentang video2 yang berkaitan dengan perlakuan tidak senonoh gadis2 yang bertudung..dan ada juga kalangan mereka yang free hair berhati mulia, solat dan mentaati suami..namun ianya masih tidak lengkap dan tidak sempurna kerana masih melakukan perkara yang haram..haram tetap haram..

Tak tahu di mana silapnya..pemimpin pun boleh di salahkan..contoh paling dekat kita tengok ialah 1st lady negara kita sendiri..suaminya seorang yang melaungkan sebuah negara Islam. Islam Hadhari..mungkin pemimpin2 kita perlu fikir..adakah melepas rambut dan tidak menutup aurat adalah satu gaya hidup dan amalan di dlama Islam..jikalau itu benda2 yang basic macamtu pun x leh nak amal tak pelu la nak mencanagkan mengamalkan gaya Islam di dalam apa jua bidang kehidupan.. Kadang2 klawe malu dan tak tahu nak jawab ape..kenapa menteri2 prempuan dan isteri2 perempuan negara Islam Hadhari ni tak pakai tudung..Islam Hadhari menghalalkan bukak tudung ke..Islam Hadhari ni ajaran baru ke.. kae harap apa yang kawe tulis ni tidak di pandang negatif..fikirkan yang positif..kawe bukan lah nak jadi penentang kerajaan..kawe cakap apa yang kawe x puas hati sahaja..pemimpin negara kita juga telah banyak banyak mamberikan jasa dan pembangunan yang tak ternilai harganya..apapun kita masih bole berbangga kita adalah sebuah negara yang ber'title'kan Islam..namun kita perlu mangamalkan semua yang di syariatkan oleh Allah..tak akan ada celaka kalau kita memenuhi suruhan Allah..

Kepada mereka di luar sana, kawe minta maaf jika ada yang tersinggung dengan tajuk kali ini..kawe harap semua be positif..dan di sini kawe nak letakkan artikel yang kawe baca dari saujanaku groups dari yahoo groups..

pOMpuAn cAnTIk pAkAi tUDunG
sesungguhnya anda yg membaca ini akan bertaubat...tak kire lelaki mahupon perempuan...
1.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab dier nak tutup aurat...
2.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab dier jage maruah
3.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab sebab dier cantik
4.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab dier x nak tunjuk kecantikan dier
5.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab dier seorang yg pandai
5.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab dier anak solehah
6.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab dier dengar ckp mak bapak dier
7.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab dier hormati orang lain
8.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab takut apabile dier tak pakai tudung orang tgk dier cantik..dan ade niat yg tak baik
9.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab tak nak diminati ramai lelaki sgt
10.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab tak nak menyusahkan orang lain
11.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab dapat pahala
12.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab dapat menghindari maksiat
13.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab supaya dpt menjadi contoh pada perempuan lain
14.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab supaya lelaki yg berIman je yg suker dier
15.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab mendengar suruhan nabi...
16.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab rambut perempuan adalah mahkota baginya... jadi jangan sewenangx2nya menunjuk kpd lelaki.. kerana jika anda menunjuk maknanya anda tidak bernilai kerana mahkota nada telah dilhat oleh semua lelaki (kecuali keluarga)
17.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab dapat mengurangkan nafsu lelaki
18.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab patuh pada suami
19.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab ......byk lagi sebab...
JADI PEREMPUAN DILUAR SANA MARI LAH MEMAKAI TUDUNG KERANA ANDA SEBENARNYA LEBIH CANTIK JIKA MEMAKAI TUDUNG SESUNGGUH NYA ALLAH SUKA AKAN HAMBANYA YANG MENGIKUTI PERINTAHNYA
JADI INGATLAH PEREMPUAN SEMUA..............

Biar susah, jangan menyusahkan..

JENGUK2 LA LINK KAT BAWAH NI, BERNIAGA SAMBIL MENGGUGUNA..BERHENTI MENGKAYAKAN ORANG LAIN..KITA MAMPU MENGKAYA KAN DIRI KITA..SIKIT2 LAMA2 JADI BUKIT..


http://prepaid4u.net/?id=khairu

Tuesday, November 13, 2007

9 mimpi Rasulullah..

"Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan."

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-menderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukannya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW, "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT" Jangan terlalu fikirkan esok hari yang kita sendiri tak pasti samaada kita masih bernafas lagi atau tidak. Jangan difikirkan peristiwa lampau yg takkan dapat mengubah apa2 keadaan pun. Fikirlah apa yg kita hendak buat sekarang. Dan pasti kan apa yg kita buat utk hari ini adalah yg terbaik. Kerana perkara yg terbaik kita buat hari ini akan menghasilkan keputusan yg baik utk esok. Yang seterusnya menjadi kenangan manis untuk kita pada masa akan datang."


[URL=http://Prepaid4U.Net/?id=khairu][IMG]http://i16.photobucket.com/al